Manusia ni pelik sangat, hanya nampak akan keburukan orang tapi keburukan diri sendiri waima jelas kelihatan tetap dibutakan mata tu kerana sibuk mengkaji kesalahan orang lain. Aku juga begitu, asyik mengkaji kesalahan orang sedangkan kesalahan diri tidak pernah diperbetulkan.
Manusia ini juga sangat pandai dalam memberi nasihat & membantu menyelesai kan masalah orang tapi diri sendiri tidak dinasihati & masalah sendiri tidak pernah diselesaikan. Memang fitrah manusia suka menjaga hal tepi kain orang. Aku juga begitu.
Manusia ini sungguh tajam lidahnya. Bila berkata-kata mungkin akan menyebabkan banyak hati yang terluka tapi masih mereka terus berkata-kata. Ini kerana mereka hanya peduli dengan hati sendiri. Jika hati sendiri yang terluka, sungguh sedih dirasai, tapi ingatkah kau kata-kata yang pernah terucap dan hati-hati yang pernah terluka akibat dari kata-kata itu?
Manusia ini begitu sungguh pentingkan diri sendiri. Hanya tahu memikirkan akan hati & perasaan sendiri. Hanya mahu orang lain menjaga hati & perasaan sendiri sedangkan mereka sungguh rakus melukakan hati-hati yang berda disekeliling mereka.
Manusia memang sukar untuk menerima nasihat dari orang lain tapi marah melanda jika nasihat yang diberi tidak diterima orang lain. Mereka merasakan diri sendiri lebih baik dari yang lain. Merasa diri berada ditempat teratas sehingga tiada sesiapa boleh menasihati & menegur. Sungguh manusia ini penuh dengan keegoan baik lelaki mahupun wanita.
Manusia memang begini sifatnya sungguh pentingkan diri, berasa diri begitu hebat sehingga tiada manusia yang boleh menasihati & menegurkan kesilapan mereka. Sifat keegoan menguasai mereka. Mereka merasa menang dengan sikap ego.
Begitulah manusia, mudah lupa akan usul dari mana mereka datang. Hanya dari setitis air. Sungguh mudah manusia lupa siapa mereka dalam dunia ciptaan Allah SWT ini. Semoga diri ku dijauhi segala sifat-sifat kealpaan & keegoan. ALLAH! ALLAH! ALLAH!
No comments:
Post a Comment