Tuesday, February 17, 2015

Tegur kerana sayang

Bila mana bunyi langkah kaki sudah menjadi bunyi yang membingitkan telinganya,
Bila setiap butir percakapan menjadi bunyi yang mengganggu kehidupannya,
Bila mana setiap mesej yang disampaikan menggunakan orang tengah walaupun jarak hanya selangkah,
Sedarlah sudah diri ini bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Yang aku pinta cuma sedikit masa, tiba masa akan ku melangkah keluar.
Biarlah kita begini di dunia yang sementara semoga di akhirat yang kekal kelak ukhwah kita tetap utuh.
Nasihatku tidak diperlukan, sekarang hanya doa yang mampu aku titipkan.
Teguranku hanya kerna aku sayang, maaf andai ia membuat dirimu rasa terhina dan malu.
Bukan niatku ingin menjadi insan yang baik dan solehah dengan menegur perbuatanmu, aku hanya ingin berjalan  bersamamu di syurga kelak.
Aku hanya ingin memberi ketenangan untuk ayahanda di alam barzakh dan ketenangan untuk bonda yang masih Allah pinjamkan untuk kita.
Untuk waktu ini Allah kurniakan kemampuan untuk dirimu menjaga apa yang telah diamanahkan dan sesungguhnya aku tidak mempunyai kemampuan itu.
Saat aku punyai kemampuan itu akanku mengambil alih amanah itu selagi mana ianya masih Allah pinjamkan.
Terima kasih untuk segalanya.

#Allahknowswhatwedontknow #itstheperfectplanfromAllah
#akuredha
#ifacebookitbcozudontwanttofaceme #sorryagainifitshurtyourpride
#wesharethesamebloodbutyetwedifferet #icantpleaseubecauseimheretopleaseAllah

No comments:

Post a Comment