Thursday, December 8, 2011

PROSES MELUAHKAN PERASAAN..

Assalamualaikum…w.b.t..
Hari ini aku tetibe jer rase nak menulis kat blog ni! Aku rase perkara-perkara yang terpendam ni dah overload! I have to download it, so I can upload a new one! Bayak sangat masalah yang boleh membuatkan aku menjadi depresi tahap gaban, tapi nasib baek aku masih dapat control! Biasalah kan hidup sebagai seorang student di salah sebuah university yang gah di Malaysiaku yang tercinta ni bukan mudah, banyak dugaan, halangan, ujian dan yang sewaktu dengannye yang perlu aku tempuhi dalam melalui proses menjadi manusia yang berguna di dunia dan di akhirat! Lagipon hidup  ni takkan sempurna, kalau semua permasalahan ni tak wujud! Dan orang yang tidak mempunyai masalah hanya lah arwah! Selagi jantung masih berdenyut, selagi itulah kita akan sentias berhadapan dengan masalah! Dalam menangani permasalahan ni, walau setabah atau sekuat mana pon kite tetap perlu seseorang untuk dijadikan tampat untuk kite berpaut setiap kali berhadapan dengan masalah-masalah! Seseorang itu boleh jadi salah sorang dari ahli keluarga dan kawan-kawan!
            Aku sebenarnye ade perkara yang dikongsi kat sini, masalahnye berkaitan dengan my own bestfriend! Disebabkan aku takde kawan yang sudi meminjamkan telinganye tuk aku meluahkan segala yang terpendam, so aku terpakse lerr menggunakan teknologi yang super canggih dengan mencata ketakpuasan hatiku pada blog ku sendiri ini. Disebabkan aku tahu yang blog aku ni hanya ade sorang pelawat iaitu aku sendiri, so aku nak kate pape kate je larr! Cukup ler dengan mukadimah dan pendahuluan yang teramat sangat panjang ni! Sekarang aku nak luahkan serba sedikit ketakpuasan + kemenyampahan aku terhadap kawan baek aku sendiri! @#*&%$)( aku rase tak jadi ler nak luah perasaan kat sini, tak puas! Kena luah kat seseorang yang boleh memberi respond dan nasihat tuk aku menghadapi permasalahan ni. Dan seperkara lagi, aku terlampau amat sangat mengantuk tuk terus menaip! Dah banyak kali terlelap dalam proses menaip mukadimah dan pendahuluan ni! Jap lagi aku ade kelas bahasa arab kul 2 petang, so baek aku habiskan masa yang ade ni dengan tido sekejap sebelum masuk waktu zohor! 

No comments:

Post a Comment