Thursday, February 24, 2011

dambaan hati ini..

entah kenapa hati ini tidak pernah akur dengan kewarasan akal,
hati ini sering kali memberontak akan keputusan akal,
ingin sekali aku menurut kehendak hati ini...
namun.. syukur alhamdulillah aku dapat menimbang akan baik buruknya kehendak ini.. 
tapi, sebagai manusia biasa aku tak pernah lepas daripada melakukan kesalahan,
kecuaian, kelalaian, keasyikan sentiasa muncul untuk menguji akal fikiranku.
duhai hati, mengapa mahumu tak pernah seiring dengan akal ini?
sedarlah duhai hati, akal ini akan sentiasa memutuskan yang terbaik untukku.
ya ALLAH, bantulah aku meyakinkan hati ini....
yakinkanlah hati ini bahawa dambaannya amat mustahil untuk dipenuhi oleh akalku.
ya ALLAH bimbinglah aku dalam mencari cinta-Mu yang teragung,
hindarilah hati ini daripada mendambakan cinta manusia yang tidak pasti,
hapuskanlah rasa sayang yang aku terapkan untuknya,
aku sedar sukar untuk menghapuskannya,
namun.. pada-Mu aku mohon ya ALLAH kerana Engkau Maha Segalanya,
aku berserah hanya pada-MU,
aku hamparkan hidupku pada-Mu, Engkau tentukanlah yang terbaik buatku.
ya RABBI jadikanlah aku pendamba cinta-Mu,
jadikanlah aku perindu-MU,
limpahilah hati ini dengan cinta-Mu yang Satu,
ya ALLAH..
selama ini aku lena dengan cinta manusia,
akibat kejahilan ini, aku tidak tahu akan besarnya dosa aku terhadap-Mu,
aku bersyukur kerana akhirnya aku tersedar dari lena yang panjang ini,
dan aku memohon kepada-Mu ya ALLAH..
Kau ampunilah dosa-dosaku yang lalu..
dambaan hati telah menyebabkan aku sentiasa melakuakn dosa,
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIIM.....
bimbinglah aku untuk kembali ke jalan-Mu ya ALLAH.
tunjukkanlah aku kebenaran,
agar akhirnya hati ini akan akur dan seiring dengan kehendak akal,
akan aku berusaha semampuku untuk menghapuskan cinta terhadapnya di hati ini.
ya ALLAH bantulah aku...
aku ingin sekali hati ini mendambakan cinta-Mu,
dan aku yakin dengan kebesaran-Mu ya RABBI.
aku yakin suatu saat nanti, cinta-Mu yang hatiku dambakan...
ALLAH MAHA BESAR....

No comments:

Post a Comment